fbpx

Penebar roti canai, Farhan Mustapha jadi juara Gimme The Mic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAMA 12 tahun masuk pelbagai pertandingan, Farhan akhirnya menjadi juara pertandingan Gimme The Mivc Malaysia yang melayakkan diri muncul dengan sebuah album, wang tunai dan hadiah sampingan lain. - FOTO AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Selepas 12 tahun mencuba nasib untuk bergelar penyanyi, akhirnya Farhan Mustapha dinobatkan juara program Gimme The Mic Malaysia malam tadi.

Menurut Farhan, 28, yang bekerja sebagai seorang penebar roti canai, sebelum bersaing dalam program Gimme The Mic Malaysia dia telah menyertai pelbagai program realiti televisyen dan pertandingan selama 12 tahun.

Antara program yang disertainya sebelum ini Bintang RTM 2012 dan 2016, Akademi Fantasia 2015, Mentor Milenia 2017.

Bahkan Farhan juga pernah bergelar artis rakaman sebuah label, bagaimanapun bakatnya tidak dihargai sehingga pernah terfikir untuk berputus asa.

“Semasa Bintang RTM saya tersingkir pada separuh akhir, Akademi Fantasia tidak lepas ke konsert prelude, manakala Mentor Milenia saya tersingkir pada minggu pertama.

“Jadi, semasa separuh akhir program ini saya rasa bimbang takut perkara sama berulang seperti mana program sebelum ini. Boleh dikatakan trauma.

“Alhamdulillah, walaupun baru sahaja baik daripada Influenza A dan suara yang tidak berapa okey, saya telah bergelar juara. Memang tidak sangka, tetapi mungkin sudah rezeki saya berkat kesabaran selama ini,” ujar Farhan.

Mendendangkan lagu Sampai Mati dan Berhenti Berharap, Farhan membawa pulang wang tunai wang tunai berjumlah hampir RM30,000 iaitu RM10,000 daripada Astro, RM10,000 Gimme The Mic Alha Alfa dan RM8600 daripada TikTok.

Farhan juga menerima trofi dan penerbitan sebuah album tajaan Astro dan Rocketfuel.

Selain bergelar juara Gimme The Mic Malaysia, Farhan bersama lima peserta lain iaitu, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Syafiq Sahli, Ameerais dan Bulan akan mewakili Malaysia dalam Gimme The Mic Global.

“Saya tidak tahu bagaimana suasana dalam Gimme The Mic Global, tetapi saya akan memilih lagu yang sesuai dan memberi ‘feel’ ketika membuat persembahan. Doakan yang terbaik,” ujar Farhan.

Program Gimme The Mic Malaysia diadili oleh juri tetap popular iaitu Ajai, Bunga Citra Lestari, Yuna dan Hael Husaini.

Sementara, Sherry Alhadad dan Sean Lee selaku pengacara program yang bersiaran selama lapan minggu itu dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI