fbpx

‘Nakhoda kena pandai kawal taufan, terus kuat Fattah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL Ghau Ghau turut tidak ketinggalan memberi nasihat kepada Fattah Amin yang kini berdepan tuntutan cerai daripada Fazura.

PETALING JAYA – Terpanggil memberi pesanan buat Fattah Amin, pelawak juga pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau berharap selaku ketua keluarga pelakon itu dapat mengendalikan kemelut yang melanda rumah tangganya dengan lancar.

Kata Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 56, dugaan dalam perkahwinan merupakan lumrah yang dilalui setiap pasangan suami isteri.

“Hidup berumah tangga juga ujian. Tak semua manis, tak semua pahit. Bahtera rumah tangga kadang-kadang kena taufan.

“Nakhoda kena pandai kawal angin dan taufan. Terus kuat Fattah,” tulisnya dalam hantaran Insta Story.

Pada perkongsian sama, Shamsul turut mengingatkan hidup di dunia ini adalah tempat untuk ujian, manakala akhirat merupakan medan abadi.

“Allah dah beritahu, jangan kata kamu beriman sebelum kamu diuji. Hidup ini tempat ujian. Akhirat tempat untuk berehat selama-lamanya,” tulisnya.

Terdahulu industri hiburan kecoh apabila pelakon, Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 13 September lalu.

Tidak memperincikan punca kemelut, kemudian bertebaran pula dakwaan pelakon Pendekar Awang itu curang dengan seorang wanita.

Mengakui masih sayangkan isterinya dan nafi bermain kayu tiga, netizen menyarankan aktor terbabit memujuk teman hidupnya itu agar jangan bercerai.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI