fbpx

Mufti Sarawak penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M kepada Datuk Kipli Yassin.

PUTRAJAYA- Mufti Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Kipli Yassin dianugerahkan sebagai Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 susulan sumbangan beliau dalam menyuburkan syiar Islam di negara ini.

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Kipli, 57, merupakan anak kelahiran Selalang, Sarikei, Sarawak dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kepujian (Kelas Pertama) dari Universiti Malaya.

Beliau juga mengetuai bidang penyeragaman dan pengurusan fatwa untuk Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam selain Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan negeri.

Selain itu, beliau juga bertanggungjawab kepada Sultan Ibrahim dan Kerajaan Sarawak berkaitan hal ehwal hukum syarak selain menasihati Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam mengeluarkan fatwa dan perkara berkaitan Undang-Undang Islam.

Dalam pada itu, dalam bidang penulisan pula, Kipli telah menghasilkan beberapa siri terbitan antaranya Perpaduan Pemangkin Pembangunan Ummah, Kasihnya Ibu Membawa ke Syurga, Nota Ramdan: Menggapai Taqwa Menapak Semula Fitrah dan Indahnya Syawal.

Dalam pada itu, dalam konteks sumbangan di peringkat kebangsaan pula, beliau turut menyertai Pasukan Penyelidikan dari Malaysia tentang vaksin di Cuba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI