fbpx

Kucing tertua mati pada usia 33 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosie dilahirkan pada 1991 dan berusia 33 tahun pada 1 Jun lalu. - SWNS

LONDON – Seekor kucing di Britain yang dipercayai tertua di dunia mati pada usia 33 tahun selepas hidup bersama pemiliknya, lapor akhbar New York Post. 

Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk. 

Pemilik haiwan tersebut, Lila Brisset berkata, Rosie dilahirkan pada tahun 1991 dan berusia 33 tahun pada 1 Jun lalu. 

Ia menghembuskan nafas terakhirnya pada usia bersamaan dengan 152 tahun umur manusia. 

“Rosie tidak begitu sihat dan pada suatu hari, ia hanya masuk ke dalam rumah, berbaring dan mati,” kata Brisset. 

Menurut data rasmi Guinness World Records, gelaran kucing tertua di dunia yang masih hidup direkodkan oleh haiwan itu dari Orpington, Greater London yang berusia 27 tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI