fbpx

KKM gesa kematian doktor pakar disiasat, tidak kompromi isu buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly Ahmad

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menggesa siasatan terperinci dilakukan berhubung dakwaan kematian seorang doktor pakar di Hospital Lahad Datu, Sabah disebabkan bunuh diri akibat dibuli.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sama sekali tidak akan bertoleransi dengan isu buli sejak kali pertama memegang jawatan berkenaan pada tahun 2018.

“Saya mempunyai toleransi sifar terhadap buli sejak 2018 dan akan kekal berpegang teguh pada dasar ini,” katanya menerusi ciapan di aplikasi X.

Malah beliau turut memaklumkan bahawa ada beberapa kes buli yang sudah diterima sebelum ini dan sedang disiasat.

“Semua kakitangan KKM berhak mendapat persekitaran kerja yang selamat dan adil,” tambahnya.

Kosmo! hari ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya mengetahui dakwaan di media sosial daripada ahli keluarga mendiang bahawa mangsa dipercayai membunuh diri kerana menjadi mangsa buli.

Dzulbaharin turut memaklumkan, pihaknya kini masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia sebelum memajukan kes berkenaan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, salah seorang ahli keluarga melalui laman sosial Facebook mendakwa bahawa doktor wanita yang bertugas di Hospital Lahad Datu itu membunuh diri selepas didakwa dibuli oleh pegawai kanan di hospital terbabit.

Abang mangsa berkata, mangsa telah melapor diri di berkenaan pada Februari tahun ini dan menjadi ketua jabatan.

Bagaimanapun, ahli keluarga terkejut apabila pihak hospital menghubungi keluarga memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia dipercayai akibat membunuh diri di rumah sewanya pada 29 Ogos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI