fbpx

Kematian Doktor Tay Tien Yaa ditentukan melalui laporan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tay Tien Yaa

LAHAD DATU – Polis tidak mengesyaki terdapat sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang doktor pakar yang mayatnya ditemui di rumah sewa pada 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya mengetahui dakwaan di media sosial daripada ahli keluarga mendiang bahawa mangsa dipercayai membunuh diri kerana menjadi mangsa buli.

“Bagaimanapun, kita belum dapat memastikan punca sebenar kejadian terbabit. Namun hasil siasatan setakat ini tidak menunjukkan terdapat sebarang unsur jenayah berlaku membabitkan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Dzulbaharin turut memaklumkan pihaknya kini masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia sebelum memajukan kes berkenaan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI