fbpx

Jenuh kena tunggu air pasang pukul 1 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan feri ke Langkawi yang membawa 567 penumpang tersangkut di beting pasir kira-kira 0.5 batu nautika dari Kuala Perlis, hari ini.

KUALA PERLIS – Feri Bahagia 168 yang tersangkut pada beting pasir di perairan ini dijangka dapat bergerak semula ketika air pasang penuh pada pukul 1 pagi esok.

Komander Zon Maritim Kuala Perlis, Mohd. Hashim Mat Zain berkata, feri membawa 567 penumpang itu ketika ini masih tersadai di atas beting pasir.

Katanya, pihaknya sebelum itu menerima maklumat berhubung kejadian daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar pada pukul 5.20 petang tadi.

“Bot Perkasa 1240 digerakan ke lokasi bagi memberikan bantuan dan melakukan pemantauan.

“Keadaan di atas feri Bahagia 168 terkawal dan tiada kebocoran berlaku. Kesemua 567 penumpang berada dalam keadaan selamat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, jana kuasa feri berkenaan dimatikan buat sementara waktu.

“Pengusaha feri telah menguruskan bantuan makanan kepada penumpang dengan dibantu bot nelayan tempatan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kira-kira 567 penumpang yang berlepas dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Langkawi terkandas di beting pasir terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Kuala Perlis hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI