fbpx

Jenderam Hilir makin sesak, perlu sekolah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banyak perumahan sudah dibina hingga mengakibatkan Jenderam Hilir sesak.

SAUDARA PENGARANG,

Ketika membeli rumah di Jenderam Hilir, Dengkil sekitar 2014, pemaju memaklumkan kawasan itu akan mempunyai banyak kawasan perumahan dalam tempoh 10 tahun.

Pada hari ini, apa yang diperkatakan telah menjadi kenyataan kerana kawasan yang dahulunya didiami penduduk kampung, kini telah semakin maju dan bertambah penghuninya.

Namun, perumahan yang pesat dibina tidak seiring dengan kemudahan yang pada hemat saya telah jatuh pada tahap ‘wajib’ iaitu sekolah.

Kawasan itu hanya mempunyai sekolah rendah yang mana kawasan tanahnya terlalu terhad dan tidak boleh lagi dibina bangunan tambahan. Padang yang ada pun tidak sesuai untuk bermain bola sepak.

Saya merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil serius masalah ini kerana kelas yang padat sudah pasti membuatkan murid tidak selesa untuk belajar dan maju.

Murid-murid di situ pun berhak mendapat sekolah yang selesa dan mempunyai fasiliti yang cukup seperti rakan-rakan mereka di tempat lain.

Jangan janji tinggal janji kerana yang menagih simpati untuk dipangkah tempoh hari sudah pun mendapat habuan masing-masing.

Cepat bertindak,
Taman Desa, Jenderam Hilir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI