fbpx

Jaga syiar Islam tak kira fahaman politik – Sultan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah bertitah pada Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang di sini hari ini

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billh Shah bertitah menjaga syiar Islam tidak boleh dipisahkan atau dipecah belahkan atas dasar fahaman politik atau pangkat.

Justeru baginda bertitah menjaga syiar Islam adalah tugas bersama semua umat Islam tanpa mengira perbezaan latar belakang, fahaman politik atau pangkat.

“Tidak kira lah apa warna dan logo bendera, kita sebagai umat Islam perlu meletakkan agama sebagai asas kehidupan dan tidak membiarkan perbezaan pilitik menjadi asbab kelemahan perpaduan umat.

“Ingatlah bersatu kita teguh bercerai kita roboh,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Menurut Seri Paduka. baginda berharap agar semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin parti politik di Pahang khususnya dapat bersatu menjaga kesucian Islam.

Tegas baginda menjaga syiar Islam adalah tugas bersama tanpa mengira perbezaan latar belakang, fahaman politik atau pangkat.

Menurut baginda perbezaan politik adalah perkara yang wajar dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI