fbpx

Hujan di 5 negeri sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca semasa menunjukkan hujan sedang berlaku di kawasan berhampiran pantai di Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.

MetMalaysia berkata, cuaca itu dijangka berlanjutan hingga ke tengah hari nanti.

“Sementara itu di Sarawak, cuaca baik di hampir semua kawasan dan dijangka berlanjutan hingga awal petang nanti.

“Di Sabah pula, keadaan hujan cuaca masih lagi dicerap di kawasan bahagian pantai di pedalaman, barat Sabah dan Kudat di mana dijangkakan boleh berlanjutan hingga tengah hari nanti,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia berkata, carta angin ketika ini menunjukkan hampir kebanyakan kawasan di rantau negara termasuk di kawasan lautan angin bertiup dari arah baratan, dan di kawasan Selat Melaka utara.

“Di sektor utara Laut Cina Selatan angin bertiup dengan kelajuan 40 hingga 60 kilometer sejam (km/j).

“Sementara itu, di lain-lain kawasan angin bertiup dengan kelajuan sederhana iaitu 20 hingga 30 km/j, oleh itu MetMalaysia masih mengekalkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di Reef North, Layang-layang dan Palawaan dengan kelajuan angin yang boleh mencapai 50 hingga 60 km/j dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter,” jelasnya.

Katanya, angin baratan yang bertiup itu juga menyebabkan cuaca hujan di kawasan utara semenanjung.

“Oleh itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada iaitu di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan sebahagian kawasan utara negeri Perak sehingga 19 September nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI