fbpx

Hello Kitty tema majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pengantin yang mengenakan baju bercorak Hello Kitty. - TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia mengundang perhatian ramai selepas melangsungkan majlis perkahwinan bertemakan karakter kartun popular, Hello Kitty, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @imais_wedding, majlis itu dihiasi dengan bunga berwarna-warni, selain gambar latar belakang pelamin terpampang imej Hello Kitty. 

Pasangan itu turut mengenakan pakaian berwarna merah jambu yang mempunyai corak watak kartun tersebut. 

Rakaman video itu mencatatkan lebih 19.4 juta tontonan dan 1.1 juta tanda suka. 

“Saya sudah boleh bayangkan dekorasi bilik tidur mereka,” komen seorang netizen. 

“Ini (baju pengantin) macam baju tidur saya,” kata netizen lain secara sinis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI