fbpx

Hatrik Kane bantu pesta Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE meledak hatrik ketika Bayern berjaya meraih kemenangan besar ke atas Holstein Kiel awal pagi semalam. - AFP

MUNICH – Pengurus Bayern Munich, Vincent Kompany beri amaran buat anak buahnya yang kemenangan 6-1 ke atas Holstein Kiel belum menjamin apa-apa untuk mengembalikan kejuaraan musim ini.

Bagaimanapun, Kompany akui lega untuk melihat sikap semua pemain yang laparkan kejayaan khususnya jika berbicara tentang kualiti Harry Kane yang merakam hatrik.

“Saya perlu katakan sekarang kami hanya bermain tiga perlawanan. Saya tahu adalah penting buat Bayern Munich berada di kedudukan teratas tetapi sekali lagi saya tegaskan kami baharu saja bermain tiga perlawanan.

“Apa yang ditunjukkan kali ini agak bagus tetapi kami kena kekalkannya pada perlawanan selepas ini. Jika kami mampu kekalkan apa yang kami lakukan sekarang, mungkin kami mampu kekalkan kedudukan ini hingga akhir musim.

“Jadi sekarang kami hanya perlu teruskan apa yang kami lakukan sekarang,” katanya.

Tiga lagi gol Bayern Munich terhasil menerusi Jamal Musiala, Michael Olise dan gol sendiri pemain lawan, Nicolao Remberg manakala Armin Gigvic menghasilkan jaringan saguhati buat Holstein Kiel.

Ketika ini hanya Bayern Munich yang masih mampu mengekalkan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan manakala juara bertahan, Bayer Leverkusen hanya berada di tangga kelima, sekadar raih dua kemenangan dan kalah sekali. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI