fbpx

EPL: Taktikal Forest buat Liverpool lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUIS Diaz gagal membantu jentera serangan Liverpool yang tidak berjaya merobek gawang Forest. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot menolak tanggapan bahawa aksi antarabangsa memberi kesan kepada pasukannya selepas tewas mengejut 0-1 kepada Nottingham Forest di Anfield kelmarin.

Gol tunggal perlawanan menerusi Callum Hudson-Odoi pada separuh masa kedua cukup untuk mengecewakan Liverpool sekali gus menyaksikan Slot yang baru dilantik Jun lalu berdepan kekalahan pertama di hadapan penyokong sendiri.

Perlawanan itu menyaksikan Liverpool berdepan kesukaran untuk menghasilkan peluang terbaik ketika berdepan Forest yang beraksi dengan cukup cemerlang biarpun Slot menyenaraikan pemain yang sama ketika menewaskan Manchester United sebelum ini.

“Ia sentiasa menjadi perlawanan yang sukar, tetapi saya tidak fikir kami sedang berdepan kesan daripada perlawanan antarabangsa. Pemain kembali ke kelab dalam keadaan yang baik dan saya lihat mereka berkobar-kobar untuk memberikan saingan sehingga ke akhir perlawanan.

“Pasukan memiliki tenaga, kami menguasai bola dan mencipta beberapa peluang. Jika anda lihat, gol yang kami hasilkan sebelum ini adalah bermula dari bawah dan transisi yang dilakukan, namun Forest menggunakan hantaran jauh untuk mengekang kami.

“Kami tidak memberikan aksi berpasukan kali ini, lebih banyak persembahan individu ketika penguasaan bola menyebabkan kami gagal mencapai standard permainan.

“Hantaran jauh mereka sering berakhir di kawasan hujung dan kami perlu berdepan 11 pemain untuk ke kotak penalti mereka. Kami berjaya menguasai bola, tetapi hanya mampu mencipta dua atau tiga peluang terbaik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI