fbpx

Enam kes ajaran sesat masiih aktif – Sultan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah bertitah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah terdapat enam kes membabitkan ajaran sesat atau pun pemujaan salah di negeri ini yang masih aktif sehingga kini berbanding 34 kes sebelum ini.

Justeru titah baginda, semua pihak perlu menyiasat sendiri ajaran-ajaran sesat berkenaan sama ada ia merupakan suatu yang baik atau tidak.

“Cuma yang sedih itu, ada dua kes membabitkan ajaran sesat di Pekan yang merupakan tempat saya dilahirkan.

“Saya minta pihak polis, jabatan agama siasat ajaran-ajaran sesat ini. Insya Allah saya rasa ini dapat kita selesaikan dengan secara baik dan kita tidak mahu menganiayakan ataupun mengaibkan sesiapa,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Dalam pada itu baginda bertitah dalam menghadapi fitnah akhir zaman ketika ini, umat Islam perlu memperkuatkan iman dan takwa kepada Allah dan kuatkan pegangan kepada al-Quran dan sunnah yang menjadi benteng utama daripada terjerumus dalam kesesatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI