fbpx

Ee Wei akui kurang kualiti latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE-Ee Wei terkandas di separuh akhir Terbuka Hong Kong selepas tunduk kepada pasangan China kelmarin. - AFP

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menganggap kekalahan di tangan pemain ranking No. 2 dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada Terbuka Hong Kong sebagai pengajaran penting untuk meningkatkan prestasi di masa depan.

Gandingan negara itu yang kini menduduki ranking No. 9 dunia terpaksa terpaksa akur dengan kekalahan pasangan pilihan kedua di separuh akhir apabila tumpas straight-set 14-21, 21-23 Hong Kong Coliseum, Kowloon kelmarin.

Kekalahan tersebut sekali gus meleburkan hasrat Tang Jie-Ee Wei untuk merangkul gelaran kedua berturut-turut selepas memenangi Terbuka Korea dua minggu lalu sejurus menewaskan beregu China, Guo Xin Wa-Li Qian.

“Saya fikir kami sudah cuba yang terbaik kerana tiada siapa yang mahu kalah dan kami tidak pernah berputus asa.

“Saya rasa kami mampu mempelajari sesuatu daripada mereka selepas kekalahan ini. Yan Zhe-Dong Ping mereka bermain dengan baik dan selepas ini kami harap boleh menampilkan aksi yang konsisten,” katanya kepada BWF semalam.

Dalam pada itu, Ee Wei juga menegaskan dia perlu meningkatkan rejim latihan lebih baik bagi membolehkan mereka mengatasi segala cabaran mendatang.

“Kekurangan kami ketika ini ini kualiti latihan dan saya fikir kita perlu memperbaiki perkara ini. Lawan kami mereka menjalani latihan bersama pasangan No. 3 dunia bersama-sama, di situ terdapat perbezaan. Jadi, kami perlu bekerja keras selepas ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI