fbpx

Draf laporan pensijilan halal siap, dibentang Rabu pada Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na’im ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidul Rasul SAW peringkat Kebangsaan 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

PUTRAJAYA- Draf kajian dan laporan berhubung isu pensijilan halal seperti diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan akan dibentangkan kepada mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengambil tindakan lanjut berhubung pensijilan halal sekiranya Kabinet bersetuju dengan draf itu.

“Insya-Allah sudah hampir siap,jadi saya akan bentangkan pada Rabu ini. Maknanya, arahan itu telah diikuti dan kita telah sediakan draf yang mana ia akan meliputi berkaitan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal.

“Ia akan melalui proses panjang sebab saya sebut dalam konteks pensijilan halal kita sekarang ini secara sukarela.Jadi, kita mahu tengok kemungkinan kalau boleh pensijilan halal diwajibkan sebab ada kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai permintaan Perdana Menteri yang mahukan pihaknya menjalankan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI