fbpx

‘Boleh nak kahwin 4, perceraian ibu bapa kuatkan semangat saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSAMA Yamani mengakui mewarisi sifat cemburu bapanya, Jamal Abdillah.

PETALING JAYA – Dibesarkan dalam keluarga kedua ibu bapa bercerai tidak membuatkan penyanyi Osama Yamani takut untuk berumah tangga.

Kata Osama atau nama lengkapnya Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 23, baginya kegagalan perkahwinan orang tuanya secara tidak langsung mengajarnya untuk setia dengan pasangan.

“Perkara (perceraian) itu membuatkan saya kuat semangat dan yakin boleh mempertahankan perkahwinan serta setia dengan seorang wanita.

“Sekiranya dikurniakan rezeki Tuhan, saya juga boleh buktikan mampu berkahwin empat, tetapi saya tidak mahu.

“Kalau boleh saya hendak setia dengan seorang wanita saja. Saya ini orang yang setia dan hanya akan setia dengan satu (seorang) saja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Penyanyi lagu Balasan Janji Palsu itu turut memberitahu, perceraian dalam keluarganya mungkin disebabkan kesilapan kedua-dua beklah pihak.

“Saya melihat ayah juga banyak kali bercinta, segala yang berlaku atas kesilapan sendiri.

“Personaliti saya ini juga sama seperti ayah saya. Kami memang kuat cemburu. Walaupun orang nampak saya garang, tetapi saya sebenarnya manja orangnya,” katanya.

Ditanya tentang ciri-ciri wanita idaman dan hubungan baik dengan vokalis kumpulan Cherry On Top iaitu Holy, tanpa berselindung Osama memberitahu bahawa dia memang tertarik dengan gadis dari Borneo.

Bagaimanapun, Osama tidak mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan dengan Holy itu yang berasal dari Sabah itu.
“Saya mencari seseorang yang memahami tentang diri saya dan kerjaya. Wanita yang boleh menerima saya seadanya.

“Sejujurnya saya memang tertarik dengan wanita berasal dari Borneo,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, selain fokus kepada kerjaya solo, Osama kini merupakan anggota kumpulan Cherry On Top yang turut dianggotai oleh Holy, Kuzan, Ayen Tommy, Didi serta Bobo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI