PETALING JAYA – Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) mengesahkan bahawa berita tular kematian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Abdul Halim Ali adalah palsu.
Menerusi satu kenyataan, Alumni PTD berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan tentang berita itu sejak semalam.
“Urus Setia Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) menerima banyak pertanyaan sejak semalam hingga pagi ini, mengenai berita sedang tular dalam media sosial, tentang kematian Tan Sri Abdul Halim Ali, Presiden Alumni PTD yang juga mantan KSN.
“Alumni PTD ingin mengesahkan bahawa berita tersebut adalah tidak benar,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE