fbpx

Amaran ribut petir di 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 9 malam nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

“Selain itu, amaran sama juga dikenakan di Terengganu (Besut, Marang dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis),” katanya di sini hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI