PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 kepada seluruh warga ATM dan veteran.
Menerusi catatan di Facebook, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.
“Al-Fatihah buat para perwira negara yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
“Saya juga mendoakan ATM terus unggul menjadi sebuah angkatan yang terulung dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan tanah air tercinta ini,” titah Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE