fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia.

Ucapan itu dizahirkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, turut mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.

“Toleransi dan hormat-menghormati sesama kita tanpa mengira agama dan bangsa menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.

“Saya sentiasa menekankan bahawa perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat saya,” titah Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI