fbpx

Agong berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (dua kiri) dan Raja Zarith Sofiah (tengah) berkenan berangkat ke sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 di PICC, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof selain Jemaah Menteri serta hampir 6,000 peserta daripada 131 kontinjen kementerian, badan berkanun dan agensi swasta.

Sambutan bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah dan merupakan satu tema yang sangat signifikan kepada umat Islam termasuk masyarakat bukan Islam di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI