fbpx

Abd. Rauf diumum Tokoh Maulidur Rasul Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Rauf menerima anugerah yang disampaikan Tengku Amir Shah pada majlis tersebut.

SHAH ALAM – Anggota Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Islam dan Tahfiz Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Prof. Madya Dr. Abd. Rauf Hassan dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2024 peringkat Selangor hari ini.

Penganugerahan tokoh tersebut berkenaan disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Abd. Rauf, 53, yang berasal dari Klang dan merupakan anak kepada tokoh agamawan negara, Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari, membawa pulang RM20,000, trofi dan sijil.

Ketokohan Abd. Rauf terserlah dengan telah menerima lima kali anugerah khidmat cemerlang universiti dan turut dipilih sebagai penerima Anugerah Setia Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Tahun 2020 sepanjang menjawat Ketua Jabatan Bahasa Asing di Fakuliti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Beliau juga adalah individu yang memberi inisiatif penuh kepada menyusun pelbagai mushaf Al-Quran dengan panduan waqaf dan ibtida’.

Inisiatif ini telah menjadi pencetus awal bagi usaha-usaha seumpamanya mengikuti langkah yang sama.

Abd. Rauf turut menyumbangkan kepakarannya sebagai Panel Penggubal Kurikulum Mata Pelajaran Bahasa Arab bagi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Anggota Jawatankuasa PEMANDU Pendidikan Tahfiz AL-Quran Negeri Selangor 2024-2026.

Beliau yang ditemui selepas penyampaian anugerah di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di sini, menzahirkan rasa syukur atas penganugerahan itu.

“Ini kita lihat bukannya satu kebangaan dimiliki tetapi satu semangat untuk saya teruskan dalam bidang al-Quran dan Bahasa Arab.

“Saya juga berdoa semoga bahasa arab dan Al-Quran ini berkembang dengan baik di Selangor dengan penglibatan saya sebagai Hakim Tilawah Al-Quran.

“Saya melihat ini satu usaha murni daripada kerajaan negeri Selangor yang telah berikan ruang kepada kami meneruskan usaha gigih mengembangkan dan membangkitkan bidang Al-Quran dan bahasa Arab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI