fbpx

5 dibelasah penduduk kampung, dituduh amal ilmu hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - istock

NEW DELHI – Lima orang termasuk dua pasangan suami isteri dibelasah sehingga mati kerana didakwa mengamalkan ilmu hitam di sebuah perkampungan di daerah Sukma, negeri Chhattisgarh, lapor portal berita Indian Express semalam. 

Polis tempatan berkata, lima suspek dari perkampungan yang sama ditahan berhubung pembunuhan itu dan mereka disoal siasat.

“Kejadian berlaku di perkampungan Ektal. 

“Mangsa dikenal pasti sebagai Mausam Kanna, 34 dan isterinya, Mausam Biri; Mausam Buchcha, 34 serta isterinya, Mausam Arjo. Seorang lagi mangsa ialah Karka Lachhi yang berumur 43 tahun.

“Selepas menerima laporan, pegawai kanan bergegas ke tempat kejadian,” kata polis. 

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” tambah kenyataan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI