fbpx

30 maut pertempuran puak di Papua New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keganasan berlaku berhampiran lombong emas Porgera di tanah tinggi tengah Papua New Guinea. - Alamy

PORT MORESBY – Kejadian tembak-menembak antara beratus-ratus pahlawan puak telah menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tanah tinggi Papua New Guinea, kata polis hari ini, ketika pasukan keselamatan diberi kuasa kecemasan untuk menamatkan keganasan.

Polis berkata, pergolakan bermula pada Ogos lalu apabila pelombong haram menyebabkan kecederaan yang mengancam nyawa seorang pemilik tanah di Lembah Porgera. Ia  menempatkan salah satu simpanan emas terbesar di negara itu.

Rundingan damai gagal, dan keadaan meruncing mencetuskan pertempuran puak yang sengit. Ia menyaksikan 300 das tembakan dilepaskan pada semalam, kata komander polis, Joseph Tondop.

Menurut polis, 30 lelaki terbunuh dalam kalangan seluruh puak berseteru, manakala ratusan wanita dan kanak-kanak kehilangan tempat tinggal ketika banyak rumah terbakar.

“Dua pegawai turut terbunuh ketika mahu pulang ke rumah selepas bekerja,” kata Tondop.

Pesuruhjaya Polis, David Manning berkata, ‘peralatan membawa maut’ akan digunakan untuk memulihkan keadaan di kawasan tanah tinggi yang sukar diakses itu.

“Secara ringkas, ini bermakna jika anda mengangkat senjata di tempat awam atau untuk mengancam orang lain, anda akan ditembak,” kata Manning.

“Keadaan yang semakin teruk ini berpunca daripada pelombong haram dan peneroka haram yang menjadikan pemilik tanah tradisional mangsa dan menggunakan kekerasan untuk mengasari masyarakat tempatan,” tambahnya.

Konflik antara puak sering berlaku di tanah tinggi Papua New Guinea tetapi kemasukan senjata automatik telah menjadikan pertempuran lebih membawa maut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI