fbpx

[VIDEO] Terbang duit dapat ‘surat cinta’ polis Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan polis trafik Thailand mengeluarkan saman terhadap sebuah kereta milik rakyat Malaysia.

PETALING JAYA – Gara-gara meletakkan kenderaan di berlawanan arah, polis Thailand memberikan ‘surat cinta’ (saman) kepada rakyat Malaysia yang sedang melancong ke Hatyai, baru-baru ini.

Menerusi video tular yang dimuat naik di akaun TikTok @ammarasofia263, tayar kereta para pelancong tersebut dikunci menggunakan pengunci seakan-akan rantai.

Polis trafik tersebut juga dilihat tegas memberikan saman sambil berlalu pergi menaiki motosikal tanpa menjelaskan selanjutnya kepada rakyat Malaysia tersebut.

Menurut pengguna itu, semua kereta yang diletakkan di tepi jalan seharusnya diparkir ke arah yang telah ditetapkan dan bukannya ke arah bertentangan.

“Dapat ‘surat cinta’ Abang polis trafik sebab ‘parking wrong way’. Tengok kereta belakang menghala ke sana, kita menghala ke sini. Manalah kita tahu,” komen pengguna tersebut.

Katanya lagi, kenderaan mereka dikenakan saman yang berjumlah 1,000 Thai Baht (RM130) dan sudah pun menyelesaikannya sebelum pulang ke Malaysia.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 124,500 tontonan, 1,395 tanda suka dan 424 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai rakyat Malaysia yang baru sahaja mengetahui tentang peraturan lalu lintas tersebut walaupun sering melancong ke sana.

“Saya hari tu pun nyaris nak kena. Nasib lah ada akak kedai tu beritahu tak boleh parkir macam tu. Kalau tak, melayang lah duit,” komen Afiqah.

“Rakyat Malaysia je dia kunci tayar. Rakyat dia hanya tampal surat. Dekat sana pun ada hari boleh parkir, ada hari tak boleh. Dia ada letak papan tanda beserta tarikh,” komen Zetty.

“Saya pun pernah kena, silap dulu tak kaji undang-undang lalu lintas kat sana. Tapi memang betul-betul tak tahu, kalau tahu takkanlah kita nak buat,” komen Ariff pula. – KOSMO! ONLINE

@ammarasofia263 Dapat surat cinta dari abam traffic parking wrong way. Tengok kereta blkg patut kena mengala ke sana kita menghala ke sini. Mana kita tahu🥹🇹🇭#fyppppppppppppppppppppppp #hatyai #kimyongmarket #foryoupage #shortvacation ♬ DJ Ongki Ongki Yahana By DJ Opus – DJ Opus

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI