PETALING JAYA – Seorang wanita Indonesia berseloroh tidak mahu mencuci tangannya selepas berjaya bersalam dengan pelakon Korea terkenal, Lee Minho.
Menerusi video dimuat naik pada TikTok viranwd, wanita itu yang berada di negara ini menunggu ketibaan Minho di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Pada video itu memperlihatkan, dia cuba bersalam dengan Minho dan disambut pelakon tersebut, manakala kelihatan polis bantuan cuba meleraikannya atas faktor keselamatan aktor tersebut.
Wanita itu melakukan percubaan kedua dengan menghadiahkan Minho ‘tumbler’ (botol air) serta disambut pelakon tersebut selain bersalam dengannya.
“Gamau (tak mahu) cuci tangan. Setelah 15 tahun suka dia. Mimpi apa ni. Lee Minho kamu cinta pertama aku di drama Korea,” katanya pada video tersebut.
Jumaat lalu, Minho tiba di negara ini untuk bertemu peminat selain merasmikan dua jenama produk di Malaysia.
Sebelum ini, Minho juga pernah mengunjungai Malaysia untuk Konsert CUCKOO Appreci8th Anniversary 2022 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Oktober 2022. – KOSMO! ONLINE
@viranwdomg minpi apa!!😭😭😭😭😭😭 LEEMINHO kamu cinta pertama aku Di drakor!!🎀🎀🤎🤎🤎