fbpx

[VIDEO] Rela patah balik, tak sanggup hadap ‘jem’ masuk Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan keadaan aliran trafik tinggi di sempadan Padang Besar untuk memasuki Hatyai, Thailand.

PETALING JAYA – Sempena musim cuti sekolah, orang ramai memilih untuk membawa anak-anak bercuti ke lokasi menarik termasuk ke Hatyai, Thailand.

Bagaimanapun, aliran trafik tinggi di sempadan negara berpunca akibat pertambahan kenderaan melampau telah merencatkan percutian kebanyakan rakyat Malaysia.

Menerusi video tular yang dimuat naik pengguna TikTok @ejazakaria, keadaan di sempadan Padang Besar mengalami kesesakan teruk pada pukul 8 malam tadi.

Situasi itu menyebabkan ada rakyat Malaysia yang rela berpatah balik ke Kangar daripada beratur panjang memasuki negara jiran.

“Ingatkan petang sudah lengang, rupanya kena ‘getah’ juga. Ramai lagi yang nak masuk Thailand. Malam pun masih serbu sempadan Padang Besar.

“Tak sanggup hadap ‘jem’ (kesesakan), jadi kami pilih untuk berpatah balik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 13,200 tontonan, 110 tanda suka dan 67 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ada pengguna yang berdepan situasi sama terperangkap dalam kesesakan untuk memasuki Hatyai.

“Yang kental pasti sampai. Kami pun dari Bukit Kayu Hitam pukul 8.30 malam, selesai semua di Danok pukul 11.30,” komen Atiqah.

“Bila lagi nak rasa ‘jem’, bukan selalu. Saya cadangkan kaunter buka 24 jam, mesti tak sesak dah,” komen Hanafi pula.

Semalam, Kosmo! turut melaporkan kira-kira 500 orang beratur panjang di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Padang Besar untuk ke Hatyai, Thailand pada waktu pagi.

Jumlah penumpang kereta api State Railway of Thailand (SRT) ke negara jiran itu meningkat bermula hari ini berikutan musim cuti sekolah serta cuti umum Hari Malaysia dan Maulidur Rasul. – KOSMO! ONLINE

@ejazakaria TAK SANGGUP NAK HADAP JEM, JADI KAMI PILIH UNTUK PATAH BALIK. JOM KITA PI BELI CREPE @KIEDACREPEPENANG KAT STADIUM UTAMA KANGAR 😁 #borderpadangbesar #malaysiathailand #jemteruk #publicholiday #14september2024 ♬ nhạc nền – Hang Thuy Pham

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI