fbpx

[VIDEO] ‘Mesti RXZ, helmet naik harga ada tanda tangan UAI’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan UAI menurunkan tanda tangannya di motosikal salah seorang peserta Himpunan RXZ Members 6.0 semalam.

PETALING JAYA – Seorang pemilik Yamaha RXZ dianggap bertuah apabila pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus sudi untuk menurunkan tanda tangannya pada motosikal dan topi keledarnya sehingga tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video dimuat naik di akaun TikTok @cai_cipon, kelihatan setelah turun dari kenderaannya, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, terus ke motosikal pemuda terbabit.

Lebih mencuri perhatian netizen adalah tanda tangan UAI yang begitu kemas dan unik sehingga memenuhi ruang bahagian atas (coverset) motosikal itu.

Selain itu UAI turut bermurah hati menurunkan tanda tangan di atas topi keledar pemuda itu yang kelihatan teruja berjumpa dengan idolanya.

“Alhamdulillah jumpa idola dunia akhirat,” komen pemilik motosikal itu di ruangan kapsyen.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 595,500 tontonan, 55,400 tanda suka dan 1,260 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mencemburui pemuda tersebut sehinggakan ada yang berkata harga motosikal tersebut bakal meningkat naik harganya kerana tanda tangan UAI.

“Jika motosikal harga RM30,000 terus boleh naik RM80,000 disebabkan ada tanda tangan insan yang sangat baik,” komen Duan.

“Beruntungnya dapat tanda tangan UAI, mahal tu harganya. Unik dan kemas je nampaknya,” komen Zani pula.

Semalam, UAI antara para tetamu yang dijemput menghadiri Himpunan RXZ Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak semalam bagi slot Sembang Santai RXZ Members 6.0.

Selain itu, kelihatan barisan selebriti tanah air seperti Faizal Hussein, Datuk Rosyam Nor dan Pablo Amirul turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Himpunan RXZ Members 6.0 yang berlangsung selama dua hari merekodkan penyertaan lebih 40,000 peserta. – KOSMO! ONLINE

@cai_cipon Alhamdulillah Jumpa Idola Akhirat🔥 #rxz_members_official #uai #gongbadakterengganu ♬ Langkah seiringan Cover – Najmi Mhmmd

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI