fbpx

[VIDEO] Jalan raya, tandas awam ‘sama naik’ sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan tandas di sebuah R&R.

PETALING JAYA – “Bukan jalan raya sahaja yang sesak, beratur hendak ke tandas awam pun sama”.

Itu antara luahan orang ramai ketika pulang ke kampung atau pergi bercuti menjelang cuti umum dan cuti sekolah, minggu ini.

Melalui sebuah video yang tular di TikTok, kelihatan orang ramai berbaris panjang bagi menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim.

Menerusi tinjauan komen, rata-rata pengguna terkejut melihat keadaan tersebut yang dikatakan seolah-olah berada di musim perayaan.

“Kenapa kali ini lain macam sesak, dan macam musim raya pulak orang ramai balik kampung,” kata Noel.

“Kalau aku memang tahan tak pergi tandas kalau begini. Bukan masalah beratur, masalah keadaan tandas dan bau dia,” kata Shahir.

“Dekat sini setiap hujung minggu pun memang sesak, inikan pula cuti umum dan cuti sekolah. Harap yang beratur di belakang sekali sempatlah ke tandas,” kata Ariyan.

“Tapi yang peliknya tandas perempuan saja beratur panjang, tandas lelaki biasa saja,” komen Luqman.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 60,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI