JOHOR BAHRU – Sebuah kilang membuat makanan ringan musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Bukit 1, Kawasan MIEL, Bandar Seri Alam di Pasir Gudang di sini petang tadi.
Pihak Bomba yang menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.17 petang dikejarkan ke lokasi bersama tiga jentera FRT dan sebuah jentera.
Kerja-kerja memadam api giat dilaksanakan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya dengan dibantu pasukan bomba sukarela.
Setakat ini kerja- kerja pemadaman masih dilaksanakan berikutan keadaan api yang marak dan menjulang tinggi. – KOSMO! ONLINE