fbpx

Masuk hari ketiga, trafik ke Pantai Timur masih ‘jem’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV LLM memaparkan keadaan trafik semasa di Plaza Tol Gombak.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak dilaporkan bergerak perlahan arah Timur ekoran cuaca hujan di sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, menerusi televisyen litar tertutup Lembaga Lebuh Raya (LLM), trafik dilaporkan bergerak lancar di kedua-dua arah di sepanjang Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak selepas melepasi Plaza Tol Gombak.

Dalam pada itu, aliran trafik di Lebuh Raya Plus Utara @ E1 juga dilaporkan tinggi arah Utara dari Slim River ke Sungkai ekoran kenderaan bergerak perlahan kerana hujan.

Di Lebuh Raya Plus Selatan @ E2 mendapati, trafik turut dilaporkan perlahan arah Selatan dari Putra Mahkota ke Bandar Baru Nilai.

Di Lebuh Raya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite) KM 44. arah Utara dari Nilai (U) ke Bandar Serenia, trafik dilihat terkawal meskipun terdapat kemalangan yang menyebabkan lorong kanan terhalang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI