fbpx

Taufan Yagi: 74 maut di Myanmar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk yang terjejas dengan banjir menunggu bot penyelamat tiba di Taungoo, wilayah Bago semalam. - AFP

NAYPYIDAW – Angka kematian akibat Taufan Yagi di Myanmar meningkat kepada 74 orang, lapor media pemerintah hari ini, sehari selepas junta membuat permintaan yang jarang dilakukan bagi bantuan asing.

Banjir dan tanah runtuh telah mengorbankan hampir 350 orang di Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand susulan Taufan Yagi yang melanda rantau itu hujung minggu lalu, demikian menurut angka rasmi.

Di Myanmar, banjir mengakibatkan 74 kematian dan 89 orang hilang setakat petang kelmarin, lapor akhbar Global New Light of Myanmar.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan sambil menambah, banjir telah memusnahkan lebih 65,000 rumah dan lima empangan.

Ia menambahkan lagi kesengsaraan penduduk di negara dilanda perang itu sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.

Selain itu, kawasan ladang ditenggelami air di kawasan tengah termasuk sekitar ibu kota, Naypyidaw yang luas dan rendah.

Terdapat laporan mengenai tanah runtuh di kawasan berbukit. Namun, dengan jalan raya dan jambatan rosak serta talian telefon dan internet terputus, penyusunan maklumat menjadi sukar.

Sungai Sittaung dan Bago yang mengalir melalui tengah dan selatan Myanmar, kedua-duanya masih berada di atas paras berbahaya hari ini walaupun paras air dijangka turun dalam beberapa hari akan datang.

Pihak berkuasa di Myanmar telah membuka 82 kem bantuan untuk menempatkan penduduk yang dipindahkan, lapor media kerajaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI