fbpx

Skuad Sarong BSN meriahkan Keretapi Sarong 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Sarong BSN memeriahkan Keretapi Sarong 2024 yang berlangsung semalam.

PETALING JAYA – Seramai 30 warga kerja Bank Simpanan Nasional (BSN) menyertai acara Keretapi Sarong 2024 yang bertemakan ‘Bangga Malaysia’, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 BSN dan Hari Malaysia, semalam.

BSN dalam satu kenyataan berkata, penyertaan warga kerjanya itu yang dikenali sebagai Skuad Sarong memeriahkan lagi suasana di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak.

Katanya, Skuad Sarong BSN turut disertai oleh selebriti jemputan, Hael Husaini, serta persembahan daripada kumpulan buskers, pasukan kompang, dikir barat, silat, dan pelbagai aktiviti menarik termasuk kuiz dengan tawaran hadiah eksklusif.

“Sempena ulang tahun BSN yang ke-50, penyertaan ini juga merupakan penghargaan kepada 50 tahun khidmat BSN kepada komuniti di seluruh negara.

“Dalam acara ini, kami dengan bangga mempersembahkan evolusi pakaian seragam BSN dari tahun 1980an sehingga kini, menonjolkan sejarah dan warisan yang kami bawa bersama selama lima dekad,” katanya di sini, semalam.

Selain itu katanya, pakaian seragam BSN yang diperagakan mengetengahkan motif ikonik negara kita, Bunga Raya, yang juga merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

“Pemakaian sarung yang melangkaui generasi ini turut diperkasakan dengan elemen bunga raya, menambahkan lagi simbol penting dalam acara tersebut.

“Skuad Sarong BSN bersama Hael Husaini menaiki tren dari stesen LRT Gombak menuju ke stesen LRT KLCC sebelum berarak ke destinasi terakhir di Kuala Lumpur,” katanya.

Untuk rekod, Keretapi Sarong 2024 dianjurkan oleh LOCCO, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermula pada tahun 2012, melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung batik atau pelikat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI