fbpx

Rakyat Malaysia ditahan di Hong Kong, dadah RM116 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang ditemui oleh pihak berkuasa Hong Kong. - Foto South China Morning Post

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang rakyat negara ini ditahan melibatkan rampasan dadah jenis methamphetamine bernilai HKD210 juta (kira-kira RM116.1 juta) di Hong Kong, Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan itu membabitkan seorang lelaki berusia 26 tahun beralamat di Sungai Besi di sini.

“Semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod kes memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama.

“Saya sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi mendapatkan maklumat mengenai pembabitan rakan sejenayahnya di negara ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan polis Hong Kong membuat rampasan terbesar methamphetamine bernilai HKD210 juta, Khamis lalu.

Dadah itu ditemukan di dalam perabot dan seorang lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun ditahan kerana disyaki menjadi pengedar.

Di bawah undang-undang Hong Kong, individu yang terbabit dalam pengedaran dadah boleh didenda maksimum HKD5 juta (kira-kira RM2.75 juta) dan dipenjara seumur hidup, jika sabit kesalahan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI