fbpx

Polis Kedah pantau rapat kegiatan GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol menyerahkan bungkusan barang makanan kepada seorang penerima pada Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan peringkat daerah Kuala Muda di Tanjung Dawai, dekat Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Polis Kedah memantau rapat kegiatan kumpulan dipercayai didalangi syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang beroperasi di beberapa daerah di negeri ini seperti Kuala Muda, Kubang Pasu dan Padang Terap.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya dalam proses mengumpul maklumat lengkap berkaitan kegiatan kumpulan tersebut di negeri ini.

“Kita sedang memantau rapat kegiatan kumpulan itu yang beroperasi di Kuala Muda, Kubang Pasu dan Padang Terap, selain mengenal pasti sekolah, restoran, taman asuhan, rumah amal dan keseluruhan kegiatan kumpulan itu di negeri ini.

“Pada masa ini, kita dalam proses melengkapkan maklumat untuk memudahkan siasatan kelak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan peringkat daerah Kuala Muda di Tanjung Dawai, di sini hari ini.

Menurut Fisol, pihaknya juga masih menunggu laporan lengkap dari negeri-negeri lain serta kaedah yang digunakan dalam menangani kumpulan itu, jika terbukti wujud salah laku jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI