fbpx

[VIDEO] Pasar terapung tarikan utama D’Laman LKIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA malam Pasar Terapung yang menawarkan seribu satu pengalaman menarik kepada pengunjung MAHA 2024 di D’Laman LKIM, di Maeps, Serdang.

SERDANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membawa kelainan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 dengan memperkenalkan beberapa inisiatif khas sempena sambutan 100 tahun acara ber­kenaan.

Tarikan utama di D’Laman LKIM pada kali ini adalah Pasar Terapung atau Floating Market, Tropical Garden Cafe serta Platform Jualan Ikan Segar dan Produk Industri Asas Tani (IAT).

Menerusi Pasar Terapung, LKIM menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung MAHA 2024 untuk merasai bagaimana pengalaman jual beli dijalankan dengan menyediakan tujuh buah sampan.

RUANGAN pengunjung menikmati hidangan yang dibeli sambil menikmati keindahan
di D’Laman LKIM MAHA 2024.

Setiap sampan berkenaan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang sedia untuk dinikmati pengunjung di Pasar Terapung D’Laman LKIM.

Selain merasai pengalaman medium perniagaan terkenal di negara jiran itu, Pasar Terapung, turut memberi peluang kepada persatuan nelayan, Kumpulan Wanita Nelayan (Kunita) dan pengusaha dalam kalangan ahli atau keluarga nelayan untuk mempamer dan menjual pelbagai makanan dan minuman serta produk keluaran mereka.

Tawaran itu secara tidak langsung memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati hidangan makanan laut yang sinonim dengan pelbagai negeri.

Menariknya, antara makanan istimewa yang boleh dinikmati termasuk hidangan kari kepala ikan dari Pulau Pinang, lokan bakar keju serta ikan bekok dari Kelantan serta pelbagai sajian celup tepung dan ketupat sotong, hidangan terbaik dari Terengganu.

Selain itu, hidangan disajikan termasuk keropok lekor, sate ikan, ikan kaloi, ikan bekok (gurami terbang) dan patin paskal yang membawa pelbagai masakan berasaskan ikan patin.

ORANG ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Pasar Terapung yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman terkenal dari setiap negeri.

D’Laman LKIM turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik se­perti demonstrasi masakan dan kraftangan, tarian kebudayaan, mewarna batik, memancing dan kuiz yang boleh disertai seisi keluarga.

Beberapa selebriti popular juga dijemput memeriahkan acara selain pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah ­menarik.

Berkonsepkan outreach program, para pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman membeli di atas pelantar terapung atau menikmati suasana semula jadi. Dengan pelbagai pengisian disediakan, D’Laman LKIM MAHA 2024 menawarkan pe­ngalaman baharu menyeronokkan kepada pengunjung.

Justeru LKIM menjemput orang ramai hadir dan merasai pe­ngalaman dan pelbagai aktiviti menarik di D’Laman LKIM bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) hingga 22 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI