fbpx

Pakej RM4 bilion masih tersedia untuk Vinicius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS menjadi pemain buruan Al Ahli musim panas lalu dengan tawaran perpindahan yang mampu memecahkan rekod dunia. - AFP

RIYADH – Kelab Liga Arab Saudi, Al Ahli mengesahkan bahawa mereka hampir melakukan sesuatu yang luar biasa pada jendela perpindahan lalu selepas membuat percubaan memecahkan rekod perpindahan pemain.

Kelab tersebut sebelum ini berjaya membawa masuk Riyad Mahrez, Roberto Firmino, Gabri Veiga, Edouard Mendy dan Franck Kessie pada jendela perpindahan musim panas tahun lalu.

Kali ini mereka cuba mendapat penggempur dengan pemain Napoli, Victor Osimhen berada dalam radar, tetapi hanya berjaya mendapatkan khidmat penyerang Brentford, Ivan Toney dengan nilai perpindahan £40 juta (RM226.44 juta).

Bagaimanapun, itu bukanlah rancangan besar yang dimaksudkan apabila mendedahkan mereka merancang untuk membawa masuk tonggak Real Madrid, Vinicius Jr. dengan pakej perpindahan bernilai £854 juta (RM4.83 bilion) sudah pun disiapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Ahli, Khaled Al Issa mengesahkan mengenai perancangan tersebut apabila membenarkan Allan Saint-Maximin meninggalkan kelab bagi ‘mengosongkan’ ruang untuk diisi oleh Vinicius sebelum pelan tersebut tidak menjadi kenyataan.

“Kami benar mahu dapatkan Vinicius, namu sesuatu yang tidak dijangka berlaku ketika rundingan. Seorang pemain kami, Firas Al Braikan yang beraksi di bahagian serangan memilih untuk berhijrah.

“Perkembangan itu menyebabkan kami terpaksa menukar rancangan dengan meletakkan keutamaan dengan memburu pemain di bahagian serangan berbanding Vinicius yang beraksi di posisi sayap,” katanya.

Biarpun rancangan tersebut gagal kali ini, Al Issa mengakui bahawa kelab itu enggan berputus asa dan cuba untuk mengemukakan tawaran sekali lagi bagi mendapatkan Vinicius pada jendela perpindahan musim sejuk nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI