fbpx

Kebun ganja di Miri kena serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mancha (dua kanan) menunjukkan pokok ganja pada sidang media di Pejabat Narkotik IPD Miri, hari ini.

MIRI – Kegiatan dua lelaki, yang merupakan majikan dan pekerja menanam, memproses dan mengedar ganja terbongkar apabila mereka berdua ditahan polis kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, penahanan ke atas dua suspek itu membawa kepada rampasan 143 batang pokok dan 1.7 kilogram ganja bernilai lebih RM3.6 juta.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri menerusi serbuan di sebuah rumah di Jalan Piasau, di sini.

“Kedua-dua suspek membeli benih pokok ganja dari luar negara secara dalam talian dan penghantaran dibuat guna perkhidmatan kurier.

“Harga sepeket biji ganja dianggarkan bernilai AS$100 (RM430). Suspek menanam benih ganja itu di kawasan kediaman mereka secara sulit.

“Ganja yang dihasilkan itu kemudian dijual di sekitar Miri pada harga RM100 untuk kuantiti 100 gram,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI