fbpx

Lima lubang benam terdalam di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lubang benam terdalam yang pernah berlaku di dunia adalah di Berezniki, Russia pada 2007 dengan kedalaman 200m.

TRAGEDI melibatkan seorang warga India, G Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam lubang benam atau sinkhole di Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini telah membuka mata orang ramai.

Secara amnya, insiden tersebut berlaku apabila keupayaan struktur tanah untuk menampung beban berkurangan disebabkan faktor-faktor tertentu. Menurut pakar geologi, Dr. Elanni Md. Affandi, kebanyakan laporan melibatkan insiden lubang benam di bandar tidak berlaku atas sebab-sebab semula jadi.

Sebaliknya, terjadi akibat saluran paip pecah, paras air bawah tanah yang berubah serta kerja-kerja pembinaan.

Minggu ini, Panorama menyajikan lima insiden lubang benam terdalam di dunia seperti dilaporkan oleh The Guardian.

Guatemala (2007)
Pada 23 Februari 2007, lubang benam terbentuk di Guatemala City sehingga menyebabkan lima orang mati.

Kejadian yang turut mengakibatkan pemindahan lebih 1,000 orang itu berlaku akibat paip kumbahan pecah.

Kedalaman lubang benam di kawasan populasi miskin tersebut dilaporkan sedalam 100 meter (m).

Berezniki, Russia (2007)
Berezniki merupakan bandar Russia yang menempatkan beberapa lombong kalium, magnesium dan potash.

Kejadian pertama lubang benam di lokasi tersebut berlaku sekitar tahun 1989 dan berulang kembali pada 2007.

Pada kali terakhir ia diukur, kedalaman lubang benam tersebut melebihi 200m.

San Francisco, Amerika Syarikat (1995)

Insiden lubang benam di San Francisco, Amerika Syarikat pada Disember 1995 menyaksikan dua buah rumah terbenam.

Rentetan itu, sembilan lagi rumah lain terpaksa dikosongkan dan penghuninya dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Lubang benam dengan kedalaman 30.48m itu berlaku disebabkan paip pembetung pecah.

Guangzhou, China (2013)
Kejadian lubang benam di bandar Guangzhou, China pada Januari 2013 telah ‘menelan’ dua bangunan.

Oleh kerana kejadian itu berlaku perlahan pada waktu siang, semua penghuni sempat dipindahkan.

Lubang benam yang masih belum tahu punca pembentukannya itu memiliki kedalaman mencecah 9.15m.

Guatemala (2010)
Sebuah kilang tiga tingkat tenggelam dalam kejadian lubang benam yang berlaku pada 30 Mei 2010.

Kejadian dipercayai berlaku akibat tiga faktor iaitu paip pembetung pecah, ribut tropika Agatha dan letusan gunung berapi Pacaya.

Ia mengakibatkan terbentuknya lubang benam dengan kedalaman mencecah 90m di kawasan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI