fbpx

Lagi peserta Himpunan RXZ maut kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Ahmad Amir yang maut akibat kemalangan di KM 379.5, LPT 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang peserta program Himpunan RXZ Members 6.0 maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 379.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul pukul 3 petang itu, mangsa, Ahmad Amir Muhamad, 29, yang berasal dari Felda Seroja Jengka 18, Temerloh Pahang meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri Himpunan RXZ Members 6.0 yang berakhir semalam.

“Siasatan awal mendapati sewaktu kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah lori menggunakan lorong kecemasan.

“Motosikal mangsa kemudianya bergesel dengan sebuah motosikal Yamaha RXZ lain ditunggangi lelaki berusia 27 tahun yang berhenti di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, impak geselan itu menyebabkan Ahmad Amir yang merupakan seorang buruh terjatuh di atas jalan raya sebelum terseret masuk ke bahagian bawah lori.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

“Mayat Ahmad Amir telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI