fbpx

Kongsi doa, Syasya Rizal bikin ramai ‘melting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Syasya mengenai doa yang diamalnya meraih pujian ramai.

SEJAK mendirikan rumah tangga, banyak betul perubahan positif yang ditunjukkan Syasya Rizal.

Ditambah pula dia kini sedang berbadan dua, tiada langsung perkara negatif mahupun perangai aneh-aneh yang dipamerkannya dalam media sosial seperti artis lain.

Terbaharu, Syasya menuai pujian ramai apabila berkongsi manfaat sepotong doa. Katanya, doa tersebut melindunginya setiap kali keluar rumah termasuk ketika ditimpa musibah iaitu jatuh motor baru-baru ini.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen kagum dengan Syasya yang berkongsi perkara bermanfaat kepada pengikut akaun media sosialnya.

“Sukanya lihat ada artis kongsi perkara positif seperti ini. Teruskan Syasya.

“Betul, doa sangat penting, dapat lindung kita daripada banyak perkara tak elok. Semoga Syasya dan kandungan sentiasa dilindungi,” komen netizen.

DIVA: Banyak betul berita mengejutkan dalam industri hiburan tahun ini. Siapa lagi yang akan fail cerai?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI