fbpx

Kaji tentera sertai program ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika pemeriksaan baris sempena Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 2002024 di Padang Kawad Pusasda, hari ini. Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Kementerian Pertahanan akan mengkaji keperluan untuk membolehkan tentera yang menyertai program Work Base Learning (WBL) diketengahkan ke peringkat lebih tinggi bagi memiliki ijazah terutamanya dalam bidang kemahiran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan sebahagian besar daripada anggota tentera bersara pada usia 41 hingga 45 tahun.

Bagaimanapun menurutnya, pada peringkat awal, pelaksanaan memfokuskan keperluan memastikan anggota tentera memiliki diploma dalam 10 bidang yang telah dikenal pasti melalui kerjasama universiti iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

“Umur (41 tahun ke 45 tahun) yang sepatutnya negara perlukan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kalau dia (bekas tentera) masuk pasaran kerja tanpa apa-apa, sangat-sangat merugikan. Nanti, kita akan kaji mana satu yang based WBL boleh dapat ijazah.

“Pengalaman saya sebagai Menteri Pengajian Tinggi dulu, memang boleh dilakukan. Di Jerman, di Amerika Syarikat semua buat macam itu,” katanya sempena Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 200/2024 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI