fbpx

Jeritan minta tolong selamatkan budak diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Jeritan meminta tolong menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun daripada cubaan dilarikan individu tidak dikenali dalam kejadian di Bukit Beruntung, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sekitar pukul 8.56 malam.

Katanya, pengadu memaklumkan anaknya ketika itu sedang menunggu van sekolah di bawah blok rumahnya.

“Hasil siasatan mendapati, suspek merupakan warga tempatan yang dipercayai bertindak melarikan kanak-kanak tersebut namun gagal apabila kanak-kanak tersebut berjaya menyelamatkan diri dan menjerit meminta tolong.

“Saksi awam berada di tempat kejadian telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, suspek telah berjaya melarikan diri apabila saksi awam cuba menahannya.

Kata Asri, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

“Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih peka terhadap anak-anak dan tidak membiarkan mereka tinggal sendirian di luar rumah.

“Sebarang maklumat boleh terus hubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI