fbpx

Ibu bapa kanak-kanak rumah amal dicari – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah amal yang diserbu pihak polis menerusi Op Global di dua buah negeri, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kesemua ibu bapa kepada 402 kanak-kanak yang diselamatkan daripada 20 buah rumah amal menerusi Op Global akan dipanggil untuk melengkapkan siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses mengenal pasti ibu bapa mangsa sedang dilakukan pihaknya untuk dirakam keterangan.

“Usaha mengesan keberadaan mereka sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, pihaknya merakam keterangan seramai 483 individu termasuk pengadu, saksi, mangsa serta suspek setakat semalam.

Tambah beliau, seramai 384 kanak-kanak telah selesai disaring kesihatan berbanding kelmarin yang hanya sebanyak 172 kanak-kanak.

“Hasil pemeriksaan masih mendapati terdapat ciri-ciri pengabaian dan penganiayaan,” katanya.

Menurut Razarudin, pihaknya masih menjalankan siasatan sekiranya terdapat lagi mangsa yang diselamatkan merupakan mangsa liwat.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan, hasil saringan kesihatan 172 daripada 402 kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam serbuan Op Global di 20 buah rumah amal disyaki dieksploitasi sehingga menyebabkan terdapat kecederaan fizikal, emosi.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 10 kanak-kanak juga dihantar ke rumah pelindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendapati mereka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan autisme.

Pecahan jumlah mangsa adalah 202 lelaki dan 190 perempuan.

Proses saringan kesihatan telah dijalankan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seramai 159 individu telah ditangkap membabitkan 39 lelaki dan 120 wanita.

Kesemua suspek direman di Selangor dan ditempatkan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, IPD Seremban, dan IPD Nilai.

Sejumlah 19 kertas siasatan telah dibuka, yang mana 16 kertas siasatan dibuka di bawah kontinjen Selangor dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak
2001.

Kontinjen Negeri Sembilan pula membuka dua kertas siasatan yang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak.

Dalam pada itu, terdapat satu kertas siasatan yang dibuka oleh kontinjen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI