fbpx

Gigih sorok dadah dalam tin biskut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis menahan dua lelaki dan merampas 7.5 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM370,000 dalam dua serbuan berasingan di Bukit Mertajam di sini, 12 Julai lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam serbuan terbabit, kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 40 hingga 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah antara pukul 5.30 petang hingga 8.30 malam.

Menurutnya, terdahulu polis menahan kedua-dua suspek dan menemui enam bekas tin biskut mentega (butter cookies) yang mengandungi tujuh peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 5.2 kg dianggarkan bernilai RM170,000.

“Susulan serbuan itu, kita turut sita sebuah kereta jenis Nissan Teana, seutas rantai leher serta loket kunci warna kuning dan wang RM1,600 menjadikan nilai rampasan berjumlah RM429,920.00,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket terbabit baharu bergiat aktif sejak awal Mac lalu.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine dan turut memiliki rekod jenayah lalu, termasuk berkaitan bahan terlarang berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek direman tujuh hari sehingga Khamis depan, bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI