fbpx

Curi tengkorak, tuntut wang tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luu Thanh Ham ditahan di balai polis di wilayah Thanh Hoa, Vietnam pada 12 September lalu. - Lam Son

HANOI – Seorang lelaki di wilayah Thanh Hoa, Vietnam ditahan kerana mencuri dan menuntut wang tebusan sebanyak 5 bilion dong (RM875,100) untuk memulangkan tengkorak serta tulang yang dilarikan, lapor portal berita VnExpress semalam. 

Luu Thanh Nam, 37, ditahan pada petang Khamis lalu atas kesalahan menggali kubur bapa saudaranya dan melakukan pemerasan.

Saudara suspek bernama Luu Thanh Hoi di wilayah sama, menerima mesej daripada individu tidak dikenali dan menuntut wang tebusan untuk memulangkan tulang dan tengkorak bapa mereka. 

“Jika anda melaporkan perkara ini kepada polis, anda tidak akan menemui rangkanya,” ugut suspek.

Hoi pada awalnya ragu-ragu kerana bapanya meninggal dunia empat tahun lalu tetapi dia kemudian mendapati kubur itu diganggu selepas membuat pemeriksaan pada waktu petang. 

Menurut polis, Nam dikenal pasti sebagai pelaku dan dia mengaku melakukan jenayah itu dengan alasan terdesak kerana hutang. 

Pada 9 September lalu, Nam menggunakan cangkul dan peralatan lain untuk menggali kubur bapa Hoi. 

Apabila mencapai penutup keranda, dia membuat lubang kira-kira 20 sentimeter persegi lalu mengeluarkan tengkorak dan beberapa tulang, sebelum disembunyikan di tempat pembuangan sampah berhampiran.

Keesokan paginya, Nam menggunakan telefon pakai buang untuk menuntut wang tebusan daripada isteri Hoi. 

Pihak berkuasa tempatan mendedahkan bahawa Nam merupakan sepupu Hoi, manakala si mati ialah bapa saudaranya. Kedua-dua keluarga itu tinggal berdekatan antara satu sama lain.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI