PONTIAN – Seorang peniaga merayu bantuan orang ramai bagi mengesan anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak seminggu lalu dari rumahnya di Taman Bukit Mewah, Tampoi, Isnin lalu.
Azura Ahmad, 39, berkata, anaknya, Nurul Najwa Muhammad Hasif, 22, merupakan orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran, keluar dengan membawa beg duit yang mengandungi kad pengenalan dan kad OKU.
“Laporan polis telah dibuat Selasa lalu di Balai Polis Skudai, Johor Bahru. Dia anak sulung daripada empat beradik dan sejak akhir-akhir ini, dia (Najwa) kata nak cari kerja,” katanya ketika ditemui, di sini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Nurul Najwa boleh menghubungi Azura Ahmad di talian 017-7156279. – KOSMO! ONLINE