fbpx

Aliran trafik lebuh raya masih belum ‘surut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV LLM setakat pukul 1.23 petang memaparkan aliran trafik yang tinggi sejak pagi tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak dilihat masih tinggi sejak pagi tadi dan menunjukkan tiada tanda-tanda akan ‘surut’.

Menerusi tangkap layar televisyen litar tertutup Lembaga Lebuh Raya (LLM), kesesakan itu bermula dari Plaza Tol Gombak disebabkan pertambahan kenderaan.

Keadaan itu menyebabkan punca kesesakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Batu Caves dan Taman Melawati serta dari Pintu Gerbang di Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke).

Menerusi hantaran LLM pada pukul 11.28 pagi tadi, kesesakan itu juga mungkin berpunca daripada kemalangan di KM 71.4 arah Timur dari Bentong ke Karak.

Kemalangan itu menyebabkan lorong kecemasan terhalang dan trafik bergerak perlahan.

Dalam pada itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan @ E1 juga kelihatan sesak teruk ekoran terdapat kemalangan di KM 257.6 arah Utara dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

Di KM 398.5 arah Utara dari Tanjung Malim ke Behrang juga berlakunya kemalangan menyebabkan lorong kecemasan terhalang dan trafik dilaporkan bergerak perlahan setakat 12.57 tengah hari tadi.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan @ E2, trafik bergerak perlahan arah Utara Senai Utara (KM 22.9) ke exit 252 Kulai dan selepas tol Sungai Besi ke Kuala Lumpur.

Dari arah Selatan, trafik sesak dari Putra Mahkota ke Nilai Utara, Nilai ke Bandar Ainsdale, Seremban ke Senawang dan Setia Tropika ke susur keluar Lebuh Raya Pasir Gudang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI