fbpx

‘Akhmal belikan beg untuk ayah, dia diam tak ceria’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Zainah menunjukkan gambar Mohd. Akhmal yang hilang di laut setelah menyelamatkan rakannya di perairan Tanjung Piandang, Parit Buntar hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

PARIT BUNTAR – “Dalam minggu ini dia lebih banyak berdiam diri daripada biasa, namun tak sangka itu petanda yang dia akan hilang di laut.”

Demikian luahan Nor Zainah Saberi, 59, ibu kepada Mohd. Akhmal Mohd. Yusuff, 23, yang dipercayai hilang di perairan Tanjung Piandang di sini sekitar pukul 5 pagi hari ini.

“Saya dimaklumkan Akhmal telah hilang di laut sekitar pukul 9 pagi tadi oleh bapa saudaranya.

“Patutlah malam tadi (semalam) hati saya rasa tidak tenteram memikirkannya kerana sekitar pukul 1 pagi saya dapati dia belum pulang ke rumah seperti selalu,” katanya kepada pemberita di Pengkalan Jeti Nelayan Sungai Betul, Tanjung Piandang di sini hari ini.

Menurut Nor Zainah, anak tunggal lelakinya itu merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik.

Mohd. Akhmal

“Dia menyatakan untuk pergi ke laut bagi menangkap ikan tenggiri bersama tiga rakannya. Bagaimanapun tidak sangka kejadian ribut pada awal pagi tadi telah menyebabkan dia hilang di laut,” katanya.

Menurutnya, dalam beberapa hari lalu Mohd. Akhmal sempat membelikan beg silang untuk bapanya dan dia lebih banyak berdiam diri serta tidak ceria seperti kebiasaannya.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah membuka bilik gerakan sekitar pukul 9 pagi setelah menerima laporan berhubung kehilangan Mohd. Akhmal.

Menurut Pengarah APMM, Komandar Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, usaha pencarian telah dilakukan di lokasi dengan keluasan perimeter 9 kilometer (km). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI